Rabu, 13 April 2011

Keadilan Yang Menyebabkan Kesyahidan Imam Ali AS

tulisan KWN

5. Keadilan Yang Menyebabkan Kesyahidan Imam Ali AS

Pada kesempatan ini, sebenarnya saya berharap dapat menyingkap pola-pola keadilan dan ihsan pemimpin orang-orang yang bertaqwa ini. Mudah-mudahan dapat saya jelaskan bagaimanakah keadilan Imam Ali AS, keadilan yang mengakibatkan pembunuhan ke atas dirinya itu, dan bagaimanakah keteguhannya dalam hal tersebut, sehingga mengakibatkan ramai orang yang membenci keadilannya, dan mengakibatkan pemberontakan dan penentangan. Apakah aitu hanya sekadar keadilan dalam kerangka etika seperti keadilan yang kita tuntut dari imam solat berjamaah, atau pada seorang hakim, atau pada seorang saksi perceraian, atau dengan kata lain apakah keadilan Imam Ali AS itu setingkat dengan keadilan yang sering disyaratkan alam huraian-huraian fiqh?

Keadilan semacam itu tidak mungkin akan melahirkan pembunuhan, bahkan sebaliknya akan meningkatkan kehormatan dan kecintaan.

Keadilan yang dikatakan 'membunuh Imam itu' pada hakikatnya merupakan falsafah sosialnya dan pemikirannya mengenai keadilan sosial Islami. Beliau berpegang teguh dengan pendiriannya bahawa sikapnya itulah yang dimaksudkan dengan keadilan dan falsafah sosial Islami. Beliau tidak sekadar adil tetapi juga pencari keadilan. Memang, di antara 'orang yang adil' dan 'pencari
keadilan' terdapat perbezaan, seperti juga terdapat perbezaan di antara 'kebebasan' dan 'pencari kebebasan'. Orang yang bebas bererti bahawa dia sendiri adalah seorang individu yang bebas sedangkan orang yang mencari kebebasan bererti orang yang mempertahankan kebebasan masyarakat di samping memandang kebebasan itu sendiri sebagai tujuan masyarakat. Begitu juga halnya dengan ilmu dan alim, ada juga yang di samping alim juga berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan dan pengajaran. Begitu juga halnya perbezaan di antara orang soleh dan pencari kesolehan.

Bagi pencari keadilan, keadilan merupakan pemikiran sosial. Al-Qur'an menyatakan yang bermaksud:

" Jadilah kalian tonggak-tonggak keadilan." (Al-Qur'an 4:135)

Menegakkan keadilan bererti menjalankan keadilan, dan ini lebih dari sekadar kewujudan orang adil itu sendiri.

0 komentar:

Posting Komentar